Petani dan Lumrah Alam
Serangan cili kerinting ini berlaku pada bahagian pucuk daun dan kemudiannya ia akan menyebabkan daun menjadi kerinting dan mula merekot. Seterusnya, tumbesaran pokok cili mula terbantut, serta bunga dan buah mula berkurangan. Antara penyebab penyakit kerinting ialah:
1.BENA PUTIH: Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.
sumber : http://pengeluarantanaman.blogspot.com
http://cilipadif1.blogspot.com
TIPS MERACUN
RACUN SERANGGA:
A1. Pengasus
A2. Mitec
A3. Selecrom
RACUN KULAT
B1. Thiram
B2.Oiconil
B3.Cooper D
BAJA DAUN.
C1.Verta graow
HORMON
D1.Atomik
Minggu 1 : A1+B1+C1+D1
Munggu 2 : A2+B2
Minggu 3 : A3+B3+C1+D1
Minggu 4 Ulangi minggu 2 dan seterusnya
Petuanya guna kepelbagaian racun utk elak imun ( kebal ) perosak terhadap sesuatu bahan kimia.
Hikmah dari serangan perosak tadi ilmu kawalan tanaman saya makin bertambah.. kerana itulah niat saya berada DI SEMAIAN utk menambah ilmu pengetahuan.
Tiada apa yg kebal didunia ini, walau gagah mana, tinggi mana satu hari pasti akan lemah dan mati, sifat makhluk benda baharu.
0 comments:
Post a Comment