26.4.10
22.4.10
Penyakit Kerinting ?
20.4.10
13.4.10
10.4.10
Petani dan Lumrah Alam
Serangan cili kerinting ini berlaku pada bahagian pucuk daun dan kemudiannya ia akan menyebabkan daun menjadi kerinting dan mula merekot. Seterusnya, tumbesaran pokok cili mula terbantut, serta bunga dan buah mula berkurangan. Antara penyebab penyakit kerinting ialah:
1.BENA PUTIH: Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.
sumber : http://pengeluarantanaman.blogspot.com
http://cilipadif1.blogspot.com
TIPS MERACUN
RACUN SERANGGA:
A1. Pengasus
A2. Mitec
A3. Selecrom
RACUN KULAT
B1. Thiram
B2.Oiconil
B3.Cooper D
BAJA DAUN.
C1.Verta graow
HORMON
D1.Atomik
Minggu 1 : A1+B1+C1+D1
Munggu 2 : A2+B2
Minggu 3 : A3+B3+C1+D1
Minggu 4 Ulangi minggu 2 dan seterusnya
Petuanya guna kepelbagaian racun utk elak imun ( kebal ) perosak terhadap sesuatu bahan kimia.
Hikmah dari serangan perosak tadi ilmu kawalan tanaman saya makin bertambah.. kerana itulah niat saya berada DI SEMAIAN utk menambah ilmu pengetahuan.
Tiada apa yg kebal didunia ini, walau gagah mana, tinggi mana satu hari pasti akan lemah dan mati, sifat makhluk benda baharu.
6.4.10
Usianya baru 2 Minggu
Setakat semalam, ada 7 polibeg diserang kutu trip walaupon jadual meracun ditahap maksima .. Tak pernah miss sekali pon. mungkin hujan lebat yg tidak menentu menyebabkan racun tertanggal / luntur bersama-sama hujan. Terpaksalah topup lagi ngan confour malam tadi untuk mencegah @ membunuh kutu trip ..
( gambar tak sempat ambil - nanti saya upload lg .. )
Lalat buah yang datang melawat kebun ku sejak sebulan lalu .. total ada 9 botol .. tu belum ada buah lagi tu .. ngeri..ngeri..
Masalah dan Penyelesaian yang mungkin bagi pokok cili?
Antara penyakit yang biasa menyerang pokok cili ialah :
kerinting daun, kulat, penyakit akar, bintik hitam dan
buah reput serta ulat pengorek buah.
- Penyakit kerinting daun adalah masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pengusaha tanaman cili. Tanda serangan dapat dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap tumbesaran daun pokok cili. Pokok yang diserang akan berdaun kecil, berkedut dan kerinting.
Jika tanda-tanda tersebut kelihatan langkah awal perlu diambil bagi mengelakkannya merebak di mana pokok
perlu dicabut dan dimusnahkan atau dibakar. Selain itu penggunaan racun perlu pada peringkat awal penanaman sebelum tanda-tanda serangan kelihatan. - Bagi penyakit yang berpunca daripada kulat, tanda boleh dilihat apabila pucuk pokok cili kering, mati dan daunnya gugur. Pokok boleh dirawat menggunakan racun yang bersesuaian.
- Manakala penyakit akar berpunca daripada serangan bakteria. Jika diperhatikan pokok akan kelihatan segar pada waktu pagi dan layu waktu tengahari serta akan segar kembali menjelang malam. Biasanya pokok akan mati selepas 4 – 5 hari serangan. Penggunaan racun Coside 101- M45 didapati sesuai untuk mengatasi penyakit tersebut.
5.4.10
KURSUS ' 1 FERTIGASI 1 USAHAWAN ' Perancangan dan Perlaksanaan Projek
KURSUS : 1 FERTIGASI 1 USAHAWAN
( Perancangan dan Perlaksanaan Projek Fertigasi Cili Merah - Sesi 01/10 )
Tarikh : 6/6/10 ( Ahad )
Masa : 8.30 pg - 5 ptg
Tempat : Ladang Iqilagro, Olak Lempit
Usahasama : Kolej Komuniti Kuala Langat, KPTM
Yuran : RM75.00 shj
Modul meliputi (Teori - 30% Amali - 70%)
Penceramah : En Hashim ( Fertigasi Hijau ) - Berpengalaman dalam bidang pertanian secara fertigasi lebih 3 tahun , skala 8000 pokok cili merah.
sebarang pertanyaan/pendaftaran sila hubungi : 019-6097290 ( rizal )