6.4.10

Masalah dan Penyelesaian yang mungkin bagi pokok cili?

Antara penyakit yang biasa menyerang pokok cili ialah :

kerinting daun, kulat, penyakit akar, bintik hitam dan
buah reput serta ulat pengorek buah.

  1. Penyakit kerinting daun adalah masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pengusaha tanaman cili. Tanda serangan dapat dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap tumbesaran daun pokok cili. Pokok yang diserang akan berdaun kecil, berkedut dan kerinting.
    Jika tanda-tanda tersebut kelihatan langkah awal perlu diambil bagi mengelakkannya merebak di mana pokok
    perlu dicabut dan dimusnahkan atau dibakar. Selain itu penggunaan racun perlu pada peringkat awal penanaman sebelum tanda-tanda serangan kelihatan.
  2. Bagi penyakit yang berpunca daripada kulat, tanda boleh dilihat apabila pucuk pokok cili kering, mati dan daunnya gugur. Pokok boleh dirawat menggunakan racun yang bersesuaian.
  3. Manakala penyakit akar berpunca daripada serangan bakteria. Jika diperhatikan pokok akan kelihatan segar pada waktu pagi dan layu waktu tengahari serta akan segar kembali menjelang malam. Biasanya pokok akan mati selepas 4 – 5 hari serangan. Penggunaan racun Coside 101- M45 didapati sesuai untuk mengatasi penyakit tersebut.

0 comments: