26.4.10

Umur pokok 1 bulan seminggu ..

Pokok yang telah dibuang daun bawah Y. Tak perlu selak lagi untuk tengok buah ..
Adakah buah yang ke-2 ( Generasi kedua ) akan pendek? kita tunggu lagi 2 bulan ..


Puas Hati? Belum..

Read more...

22.4.10

Penyakit Kerinting ?






Sejak mula berbunga, penyakit kerinting mula melanda ladang Iqil .. namun masih dalam peringkat ' test market '
Antara serangga yang ditemui di bawah daun ialah white fly dan lalat hitam ..

Setelah kajian dan pemerhatian dilakukan berikut ialah kata-kata mereka :
1. Pegawai dari jabatan pertanian - white fly, kutu
2. Pekebun berskala besar - kutu trip, white fly, hama
3. Tauke Racun - white fly
4. Sifu - Mungkin terlebih baja

Keputusannya : semua yang disebut di atas diambil kira dan langkah pencegahan harus segera dilakukan. Antaranya :
1. Flushing 2 hari berturut-turut tanpa baja
2. Dos racun ditingkatkan
3. jadual meracun ditukar daripada malam ke subuh atau mula meracun jam 6 petang
4. Beli racun yang lebih power ( tapi still kelas ii )
5. Asingkan pokok yang dah parah
6. Meracun atas dan bawah daun
7. Buang semua daun yang dibawah Y ...

Read more...

20.4.10

Umur pokok 1 bulan Genap ...20 April 2010





Pokok sedang berbuah lebat .. iether tercepat or terlebih foliar .?

Read more...

13.4.10

hari ke 25 ..Bunga dah gugur .. keluarnya buah ...

Read more...

Hari ke 20 ..

Day 20th ....



Read more...

10.4.10

Petani dan Lumrah Alam

Serangan cili kerinting ini berlaku pada bahagian pucuk daun dan kemudiannya ia akan menyebabkan daun menjadi kerinting dan mula merekot. Seterusnya, tumbesaran pokok cili mula terbantut, serta bunga dan buah mula berkurangan. Antara penyebab penyakit kerinting ialah:

1.BENA PUTIH
: Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.

Bena putih ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti PEGASUS.







Kutu Terip







Hamama
2. HAMAMA & KUTU TERIP : Hamama ini juga antara penyebab kerinting. Selain itu, pokok juga akan mengalami kerekot, kerinting, mengecil dan pokok akan terbantut. Daun yang merekot ke bawah akan bertukar warna menjadi perak dan luruh. Waktu yg paling digemari oleh makhluk nie ialah masa cuaca panas.
Hamama ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti MITEC.

3. KERINTING BERBATIK : Masalah ini bukan disebabkan serangan serangga tetapi disebabkan zat yang tidak mencukupi bagi tumbuhan yang biasanya berlaku ketika pokok mula menghasilkan bunga dan berbuah. Ketika ini pucuk daun baru mula kelihatan merekot dan berkerinting. Seterusnya jika dibiarkan daun pokok akan terus mengecut dan kelihatan berbatik-batik. Jika tidak dirawat dengan segera, tumbesaran pokok akan terbantut dan yang lebih malang lagi pokok mungkin tidak dapat disembuhkan dan terpaksa dibuang.

sumber : http://pengeluarantanaman.blogspot.com
http://cilipadif1.blogspot.com


TIPS MERACUN

RACUN SERANGGA:
A1. Pengasus
A2. Mitec
A3. Selecrom

RACUN KULAT
B1. Thiram
B2.Oiconil
B3.Cooper D

BAJA DAUN.
C1.Verta graow

HORMON
D1.Atomik

Minggu 1 : A1+B1+C1+D1
Munggu 2 : A2+B2
Minggu 3 : A3+B3+C1+D1
Minggu 4 Ulangi minggu 2 dan seterusnya

Petuanya guna kepelbagaian racun utk elak imun ( kebal ) perosak terhadap sesuatu bahan kimia.

Hikmah dari serangan perosak tadi ilmu kawalan tanaman saya makin bertambah.. kerana itulah niat saya berada DI SEMAIAN utk menambah ilmu pengetahuan.

Tiada apa yg kebal didunia ini, walau gagah mana, tinggi mana satu hari pasti akan lemah dan mati, sifat makhluk benda baharu.

Read more...

6.4.10

Usianya baru 2 Minggu



Alhamdulillah .. segala-segalanya berjalan lancar ..
Setakat semalam, ada 7 polibeg diserang kutu trip walaupon jadual meracun ditahap maksima .. Tak pernah miss sekali pon. mungkin hujan lebat yg tidak menentu menyebabkan racun tertanggal / luntur bersama-sama hujan. Terpaksalah topup lagi ngan confour malam tadi untuk mencegah @ membunuh kutu trip ..
( gambar tak sempat ambil - nanti saya upload lg .. )





Lalat buah yang datang melawat kebun ku sejak sebulan lalu .. total ada 9 botol .. tu belum ada buah lagi tu .. ngeri..ngeri..

Read more...

Masalah dan Penyelesaian yang mungkin bagi pokok cili?

Antara penyakit yang biasa menyerang pokok cili ialah :

kerinting daun, kulat, penyakit akar, bintik hitam dan
buah reput serta ulat pengorek buah.

  1. Penyakit kerinting daun adalah masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pengusaha tanaman cili. Tanda serangan dapat dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap tumbesaran daun pokok cili. Pokok yang diserang akan berdaun kecil, berkedut dan kerinting.
    Jika tanda-tanda tersebut kelihatan langkah awal perlu diambil bagi mengelakkannya merebak di mana pokok
    perlu dicabut dan dimusnahkan atau dibakar. Selain itu penggunaan racun perlu pada peringkat awal penanaman sebelum tanda-tanda serangan kelihatan.
  2. Bagi penyakit yang berpunca daripada kulat, tanda boleh dilihat apabila pucuk pokok cili kering, mati dan daunnya gugur. Pokok boleh dirawat menggunakan racun yang bersesuaian.
  3. Manakala penyakit akar berpunca daripada serangan bakteria. Jika diperhatikan pokok akan kelihatan segar pada waktu pagi dan layu waktu tengahari serta akan segar kembali menjelang malam. Biasanya pokok akan mati selepas 4 – 5 hari serangan. Penggunaan racun Coside 101- M45 didapati sesuai untuk mengatasi penyakit tersebut.

Read more...

5.4.10

KURSUS ' 1 FERTIGASI 1 USAHAWAN ' Perancangan dan Perlaksanaan Projek

KURSUS : 1 FERTIGASI 1 USAHAWAN

( Perancangan dan Perlaksanaan Projek Fertigasi Cili Merah - Sesi 01/10 )

Tarikh : 6/6/10 ( Ahad )
Masa : 8.30 pg - 5 ptg
Tempat : Ladang Iqilagro, Olak Lempit
Usahasama : Kolej Komuniti Kuala Langat, KPTM
Yuran : RM75.00 shj

Modul meliputi (Teori - 30% Amali - 70%)
Penceramah : En Hashim ( Fertigasi Hijau ) - Berpengalaman dalam bidang pertanian secara fertigasi lebih 3 tahun , skala 8000 pokok cili merah.

sebarang pertanyaan/pendaftaran sila hubungi : 019-6097290 ( rizal )

Read more...