10.3.10

Khidmat Komuniti Kolej Komuniti Kuala Langat

Sekitar Program Khidmat Komuniti Kolej Komuniti Kuala Langat. Seramai 12 orang pelajar dari unit Teknologi Elektrik telah menyertai aktiviti di kebun IQIL. Antara aktiviti yang dilakukan :

1. Pendawaian DB satu fasa ( baru )
2. Pendawaian pvc conduit lampu bangsal dan soket outlet - punca bekalan dari rumah berjarak 100meter
3. Pendawaian lampu dalam kawasan kebun ( termasuk mereka bentuk tiang lampu ) berkeluasan 60' x 240'
4. Menanam tiang besi bagi tujuan kebun dan menarik dawai hijau( tidak termasuk dalam perkhidmatan percuma )

Elaun sebanyak RM6 telah diberikan kepada pelajar ( sumbangan pihak kolej )disamping makan dan minum yang terlebih-lebih. Melalui aktiviti ini pelajar dapat menambah pengalaman dan pengetahuan dalam dunia sebenar alam pekerjaan dan dapat sedikit sebanyak melakukan persediaan awal sebelum menjalani latihan industri ( LI ) pada semester hadapan.
Tahniah kepada semua pelajar yg terlibat dan terima kasih di atas perkhidmatan yang diberikan.






0 comments: